Tarikh undi satu helah - Tian Chua
Nuha Rahim
"Kita berharap perkara ini disebarkan kepada seluruh rakyat
Menurutnya, Barisan Nasional tidak sekali-kali akan memberi laluan mudah serta membiarkan Anwar menang di kawasan parlimen itu.
Jentera pihak pemerintah, katanya, bakal dikerahkan semaksima yang mungkin untuk menafikan kemenangan bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.
Tian Chua turut menyifatkan bahawa pemilihan tarikh membuang undi yang jatuh pada hari Selasa yang merupakan hari bekerja sebagai satu helah untuk menggagalkan usaha Anwar dalam misinya menawan Putrajaya.
"Kebanyakan penduduk tempatan bekerja di luar Pulau Pinang seperti di Kedah,
Justeru, katanya, kita janganlah berasa terlalu yakin untuk menang.
"Sebaliknya, semangat untuk memenangkan kubu kuat ini mestilah lebih daripada semangat ketika pilihan raya umum yang lepas,"tambahnya.
Pilihan raya kecil bagi parlimen Permatang Pauh dijadualkan berlangsung pada 26 Ogos ini sementara penamaan calon pula akan diadakan pada 16 Ogos.
Pilihan raya ini diadakan setelah peletakan jawatan Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail yang mahu memberi laluan kepada suaminya untuk bertanding di situ. - mks._
No comments:
Post a Comment