Sunday, August 24, 2008

Petugas Umno di tangkap tampal bahan kempen terlarang
Mohd Sabri Said


PERMATANG PAUH - Petugas Pakatan Rakyat berjaya menangkap dua petugas Umno-BN yang sedang memasang banner kartun menunjukan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas 16 September 2008 di persimpangan Kampung Permatang Tengah, Permatang Pauh semalam.

Kini semuanya sudah terjawab siapa yang selama ini sengaja melaga-lagakan kepimpinan parti DAP, PAS dan KeADILan dalam bentuk lukisan berbau perkauman yang terpampang di serata tempat sekitar Permatang Pauh.

Sebelum ini Harakahdaily mendapat maklumat, petugas Pakatan Rakyat menjumpai banner bercorak kartun yang menunjukan gambar Anwar berwajah khinzir sedang mengejar Saiful.

Petugas terbabit ditangkap oleh sekumpulan petugas Pakatan Rakyat pada pukul 1.00 tengah malam dan di bawa ke bilik gerakan Pakatan Rakyat sebelum diserahkan kepada pihak polis di Seberang Jaya.

Peristiwa semalam menunjukan Umno-BN terdesak kerana kekurangan isu sehingga serangan peribadi digerakkan oleh semua penceramah dalam kempen mereka sejak tiga hari lalu.

Sedangkan, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib pernah berjanji tidak menggunakan isu peribadi dalam kempen mereka termasuk isu liwat tetapi keadaan sebaliknya berlaku. - mns_

No comments: