Biro Pengaduan Awam AMK minta anggota polis disiasat
Mohd Sabri Said
PERMATANG PAUH - Biro Pengaduan Awam Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang memberi tempoh 14 hari kepada pihak polis untuk menyiasat di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan terhadap anggota polis yang bertindak memukul dua orang tahanan reman selama empat hari di Ibu Pejabat Daerah Perda, Bukit Mertajam.
Pengerusinya, Amizudin Ahmat ketika sidang medianya berkata, dua orang pemuda terbabit ialah Azlan Yaziz dan Kalidasan a/l Maniam dipukul setelah ditangkap pada 31 Julai lalu atas kesalahan menjual VCD cetak rompak di sebuah permis di Taman Ciku, Bukit Mertajam.
Menurutnya, tindakan polis itu tidak menampakkan sikap profesional mereka sebagai Polis Diraja
"Kita memberi masa kepada pasukan polis supaya siasat kejadian yang memalukan itu. Jika tidak Biro Pengaduan Awam AMK Pulau Pinang akan mengemukakan saman kepada polis," tegasnya.
Bagi beliau, memang menjadi satu kesalahan kepada dua orang pemuda terbabit kerana bersekongkol membantu menjual VCD cetak rompak tetapi tidak sampai dipukul sehingga berdarah dengan tangan digari.
Biro Pengaduan sambungnya, bukan hendak masuk campur soal penyiasatan pihak polis tetapi hendaklah bertimbang rasa terutamanya polis daripada Ibu Pejabat Kontijen Pulau Pinang yang ditugaskan melakukan siasatan. Amizudin juga mempertikaikan cara polis menyuruh menandatangani 10 kali tandatangan di atas kertas kosong.
Selain itu, mereka juga mendakwa diugut oleh polis berkenaan agar merahsiakan kejadian tersebut terutamanya kejadian memukul sehingga berdarah di bahagian mulut, menendang bahagian leher dan memijak bahagian dada.
"Kita tidak pernah lupa kejadian yang sama malah lebih teruk yang menimpa mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ketua Polis Negara ketika itu menumbuk dalam keadaan matanya di tutup dan tangan bergari di belakang," kata beliau yang juga Exco AMK Malaysia.
Sepatutnya, pihak polis menyanjung tinggi undang-undang bukannya meliwat serta merogol undang-undang tersebut.
Sementara itu, Azlan ketika ditanya berkata, beliau ditangkap pada pukul 11.30 malam dan dibawa ke IPD Perda, Bukit Mertajam.
Di
"Selepas saya berkata saya tak kenal siapa wajah dalam gambar itu polis terus tampar dan menendang sehingga jatuh. Saya memang tak kenal bukan nak bohong," katanya sedih diperlakukan sedemikian rupa.
Kalidasan pula menceritakan, selama berada dalam tahanan polis, bibirnya berdarah kerana ditumbuk semata-mata tidak mengaku gambar yang ditunjukan itu adalah majikan mereka.
Akhirnya mereka dibebaskan dengan jamin mulut pada 3 Ogos lalu setelah perbincangan dilakukan oleh seorang peguam yang dihantar oleh keluarga mereka. - mns_
No comments:
Post a Comment