DR DZULKEFLY AHMAD
1. Justeru kerana mengizinkan, bukan sahaja parti dan barisan politik
mereka, bahkan juga wibawa dan nama-baik negara terus dirobek, Umno-BN
sesungguhnya telah hilang kredibiliti dan maruah untuk mentadbir negara
ini.
2. Setelah pendedahan paling dahsyat yang dilakukan dalam masa 48 jam
yang lalu, bersabitan pelbagai skandal 1MDB dan kebejatan yang amat
mengaibkan rakyat dan negara, olih media Four Corners dan Wall Street
Journal, PM Najib Razak telah hancur wibawa dan maruahnya untuk
meneruskan pentadbirannya, jauh lagi kalau berkeinginan untuk memimpin
Umno-BN dalam PRU Ke-14 nanti.
3. Buat ingatan Umno dan BN, amat mustahak supaya segera menginsafi
bahawa Najib bukan sekadar telah menjadi musuh utama buat dirinya
sendiri bahkan kepada Umno-BN serta negara seluruhnya.
4. Amat malang dan sangat mengecewakan buat rakyat dan negara,
apabila Umno kelihatan sunyi seribu bahasa, terus bersahaja dan tidak
langsung menunjukkan keseriusan untuk menangani penghakisan wibawa dan
impak buruk buat maruah negara.
5. Dengan pendedahan terkini yang sama-sama ditontoni semua, Umno-BN
seharusnya sedia memaklumi bahawa skandal serta expose' seperti ini di
negara-negara lain, pasti telah berakhir dengan pemimpin terbabit
mengundur diri bahkan diambil tindakan olih parti dan badan penguasa
serta pemerintah.
6. Sebaliknya Najib disaksikan rakyat dan dunia, semakin bertambah
kuat dan lebih ganas, sekaligus mencetuskan satu 'suasana-iklim
ketakutan' atau 'state of fear', yang menyelubungi rakyat dan negara.
7. Justeru kerana terus mahu melindungi Najib, samada kerana takut
atau dalam ilusi bahawa beliau tidak melakukan apa jua kesalahan, maka
Umno perlu dihukum rakyat kerana sikap ringan dan culas ini.
8. Umno dan BN, jelasnya telah membuktikan kepada semua rakyat,
bahawa mereka sanggup mengorbankan kemaslahatan rakyat dan kewibawaan
negara, apabila berlaku pertembungan kepentingan parti dan survival
politik mereka.
9. Tegasnya, disebalik segala pertunjukan dan simbolisme patriotisme
akan tanah air yang diperagakan pada setiap sambutan ulang tahun
Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Umno-BN, dengan ini telah memaparkan
identiti dan hipokrasi mereka sebenarnya.
10. Justeru rakyat wajar faham dan insaf, bahawa Umno-BN tidak
langsung bolih diletakkan harapan untuk mempertahankan wibawa dan maruah
negara, kerana patriotisme mereka kepada negara, tidak boleh di atasi
oleh kepentingan kepartaian sempit perjuangan politik mereka.
Amat malang buat rakyat dan negara!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan