Sabtu, 16 April 2016

PRN Sarawak simbol kematian demokrasi, selar Chegubard

ARIF ATAN


Badrul Hisham ShaharinBadrul Hisham ShaharinTindakan kerajaan negeri Sarawak menghalang kemasukan ramai pemimpin Semenanjung dari parti pembangkang adalah simbol kepada kematian demokrasi, tegas Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Beliau yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata, kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem tidak akan menarik larangan berkenaan bahkan pemimpin terbabit hanya dibenar memasuki negeri itu selepas selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 membuktikab sikap kuku besi Adenan.

"Mengapa Adenan tidak menghalang pemimpin-pemimpin Umno dan parti sekutu yang mengamalkan politik perkauman daripada memasuki Sarawak jika benar Adenan mahu melindungi negeri itu daripada elemen yang tidak baik?" bidasnya.

Untuk rekod, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang juga Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dihalang masuk ke Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, awal pagi semalam.

Antara pemimpin dari parti pembangkang yang dilarang masuk ke Sarawak adalah Presiden Amanah, Mohamad Sabu,; Ahli Jawatankuasa Amanah, Mazlan Aliman serta Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Tiada ulasan: