Khamis, 14 April 2016

Jamal Yunos disekat memasuki Sarawak

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Yunos disekat masuk ke negeri itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 7 Mei ini.
 
Seperti yang difahamkan, beliau adalah pemimpin Umno pertama yang dihalang masuk dan kemungkinan besar disebabkan kenyataan-kenyataannya yang bersifat perkauman.
 
Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang dihalang masuk Sarawak, kini giliran pemimpin Umno pula yang disekat masuk ke negeri itu.
 
Memetik laporan FMT, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau tiba di Kuching bersama tujuh rakannya tetapi empat termasuk dirinya dihalang masuk.
 
Tiga lagi rakannya yang dihalang masuk adalah Ariffin Abu Bakar, Rahim Ibrahim dan Razali Zakaria dan kesemua mereka terlibat dalam Gabungan NGO Melayu.
 
 

Tiada ulasan: