MALAYSIA DATELINE
Walaupun sudah melewati umur 80 tahun, Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang masih sihat dan kekal bertenaga.
Antara rahsia tokoh ulama ini mengekalkan kesihatan adalah mengamalkan perubatan homeopati dan mengawal pemakanan.
"Dari segi rawatan perubatan sejak dari umur 30-an saya mengamalkan
rawatan homeopati. Sejak zaman Dr Burhanuddin al-Helmi dialah yang
menggalakkan saya mengamalkan homeopati dan dialah bapa perubatan
homeopati negara.
"Dr Burhanuddin mula buka sekolah perubatan homeopati di Melaka. Dari
Melaka homeopati berkembang ke seluruh Malaysia. Kebetulan waktu beliau
dalam uzur pada tahun 1960-an selepas balik dari Australia, saya
ziarahi dia.
"Dia kata ketua doktor di Hospital Besar Perak kata tubuh dia sudah
tak boleh dirawat. Dia buka semula buku-buku, kebetulan saya baru keluar
dari hospital dan saya ceritakan masalah dan doktor tak boleh kesan apa
puncanya.
"Dia bagi nasihat, keupayaan kaji darah di Malaysia ketinggalan 40
tahun dari dunia Barat. Selepas pergi mendapatkan rawatan di Australia
baru doktor dapat kesan dalam darah Dr Burhanuddin ada racun.
"Kemudian dia tunjuk gambar Royal Homeopathy Clinic di London. Dia
bagi saya ubat. Sejak itu saya terus buat rawatan homeopati," ujar Ustaz
Ahmad.
Beliau turut mengamalkan pesanan Rasulullah s.a.w. iaitu makan jangan sampai kenyang.
"Jadi saya makan beransur-ansur daripada dulu sepinggan kadang-kadang
bertambah, lepas itu kurangkan. Akhirnya makan separuh daripada yang
biasa makan dan akhirnya makan sekali sahaja nasi sehari," ujarnya.
Beliau turut mengurangkan pengambilan nasi dan mengelak makanan berminyak dan mengandungi kolesterol.
"Kesihatan kena jaga, setiap enam bulan sekali kena buat pemeriksaan
penuh. Sekurang-kurangnya buat senaman, berjalan kaki. Seminggu sekali
sekurang-kurangnya," pesan beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan