Khamis, 26 Disember 2013

Uskup: Najib tunjuk sikap politik perbalahan




Ketua Uskup Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam secara terbuka menyatakan kekecewaan atas pendirian Datuk Seri Najib Razak dalam isu penggunaan kalimah 'Allah' oleh orang bukan Islam di negara ini.

endon funeral 201005 murphy pakiamPakiam merujuk kepada ucapan Najib ketika sambutan Maal Hijrah lalu yang menegaskan untuk mempertahankan penggunaan perkataan "Allah" untuk orang Melayu sekalipun dunia mentertawakan Malaysia.

"Saya sangat terkejut dan kecewa... Ini bukannya (sikap) orang yang belajar di sekolah Katolik kita.
"Dengan berkata demikian, (Najib) hanya ahli politik yang mahu berbalah. Saya berdoa agar Allah menyedarkan beliau (Najib) untuk menjadi seorang negarawan," kata beliau.

Najib bersekolah di Sekolah St John yang terletak berhampiran rumah ketua Uskup tersebut dan juga lokasi majlis majlis minum petang Krismas tahunan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) hari ini.

Pakiam, yang bakal mengosongkan jawatannya itu, berkata demikian kepada para wartawan ketika ditanya mengenai permintaan Najib kepada orang Islam dan Kristian untuk menghentikan perdebatan isu "Allah".

Najib dilaporkan berkata demikian di majlis sambutan Krismas peringkat kebangsaan di Pulau Pinang hari ini.

Tiada ulasan: