Hasil dari kelemahan pimpinan dan
teraju negara, kita melihat banyak pihak yang telah berani menyentuh
tentang isu
yang telah dilindungi oleh Perlembagaan. Dulu tidak boleh disentuh kini
menjadi isu yang sering disebut dan disentuh oleh setengah pihak.
Perlembagaan dan
Undang-Undang itu tetap Perlembagaan dan Undang-Undang, dan ia tidak
semestinya
boleh dilaksanakan jika kepimpinan yang lemah. Ia akan lebih merumitkan
lagi jika rakyat dan mereka yang berkepentingan tidak menghormati
Perlembagaan itu.
Pimpinan yang lemah menghasilkan
persepsi buruk dan kurang hormat setengah pihak terutamanya bagi pihak yang
mempunyai banyak kepentingan politik untuk bangsa dan keluarga mereka. Ada pihak yang cuba mempersoalkan keistimewaan
orang-orang Melayu dan Bumiputra
sekarang ini, sedangkan itu telah pun dipersetujui sebelum kita mencapai kemerdekaan
lagi.
Ada pihak yang mengambil
kesempatan dengan kelemahan pimpinan hari ini dan ditambah pula dengan setengah
pihak mahu mengambil kesempatan menangguk di ‘air yang keruh’ dengan meminta
UiTM dibuka kepada bukan Bumiputra untuk bersama memasuki institusi pengajian
tinggi yang dari awal dikhaskan kepada Bumiputra sahaja.
Ia adalah peruntukan yang sedia
ada sebelum pun berlaku kejadian 13 Mei 1969 yang menghasilkan DEB (Dasar
Ekonomi Baru) dahulu. Tetapi tidak ada siapa yang mahu memberi tahu rakyat
tentang isu yang hanya Bumiputra sahaja yang layak menyertai UiTM itu. UiTM atau
ITM semasa itu, tertubuh lama sebelum kejadian 13 Mei 1969 yang telah
menghasilkan DEB dahulu.
UiTM ditubuhkan untuk melatih
Bumiputra yang masih jauh ketinggalan dalam bidang ‘professional’ dan ‘separa
professional’ bagi mengisi kekosongan (vacuum) yang besar dalam menempatkan
Bumiputra dalam sektor industri serta mengisi kekurangan bilangan Bumiputra
dalam pengurusan syarikat-syarikat besar dinegara ini. UiTM wujud bagi membantu
Bumiputra untuk ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan kaum-kaum
lain di negara ini.
Tetapi jika ada pihak yang masih
berusaha untuk membuka UiTM untuk bukan Bumiputra, ia elok dibukakan polimik
dengan telus bagi kita mengolah dan memberitahu rakyat kenapa UiTM ini wujud. Mungkin
ada dikalangan orang melayu sendiri mahukan UiTM ini dibuka kepada bukan Melayu
semata-mata untuk mendapat perhatian politik, tetapi ini adalah perkara yang
telah dipersetujui dari awal sejak tertubuhnya RIDA dalam awal lima puluhan dahulu.
Bagi mereka yang memperjuangkan
keharmonian semua kaum, kita wajar mempunyai toleransi yang kuat untuk
bersama-sama menikmati kekayaan negara dan jika masih ada yang tidak berpuas
hati, ia bermakna mereka ini adalah yang tidak mahu dasar kerajaan yang
dipersetujui dan dijayakan.
Tetapi kenapa wujud desakan
seperti ini? Kenapa masih ada yang berani menyebut dan mempersoalkan kedudukan
Raja-Raja Melayu dan meminta sistem Raja Berpelembagaan ini dihapuskan? Dulu-dulunya tidak ada pihak yang berani
mempersoalkan isu ini kerana didalam Perlembagaan tercatit peruntukan yang Raja-Raja
Melayu tidak boleh dipersoalkan samada dalam atau luar Parlimen suatu ketika
dahulu.
Jawapannya telah ada dipemikiran
manusia yang menduduki negara ini sebagai rakyat, tidak kira rakyat yang asal
atau yang mendatang. Jika ada yang mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu ini,
khususnya dari rakyat yang asalnya rakyat mendatang, ia tidaklah begitu mengejutkan
kerana sememangnya susah untuk menghilangkan ‘migrant mentality’ dikalangan
rakyat ini walaupun mereka adalah rakyat negara ini sejak lebih setengah abad
yang lalu.
Yang menjadi persoalannya ada
dikalangan yang mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu ini adalah dikalangan
mereka yang mengaku rakyat asal atau Melayu dan ini adalah satu perkara dan
keadaan yang sangat memilukan.
Masalah besarnya ialah kepimpinan
Melayu tidak mempunyai ‘tulang belakang’ dan lemah. Mereka tidak dihormati lagi
oleh kaum Melayu sendiri, jauh sekali untuk mendapatkan penghormatan dari kaum
bukan Melayu! Pemimpin Melayu tidak dapat lagi membuat keputusan dengan betul.
Keputusan mereka tidak akan betul lagi kerana mereka berimejkan rasuah dan ‘stigma’
ini tidak dapat lagi dibuang pada persepsi rakyat khususnya yang bukan
Bumiputra.
Hasilnya negara mendapat kepimpinan
Melayu yang tidak dihormati dan pemimpin bukan Melayu yang tidak lagi bersetuju
dengan semangat Muhibbah yang dibentuk dan dibina oleh pimpinan negara yang
sudah tiada bersama kita lagi hari ini. Tidak ada lagi keadaan dalam mana
pemimpin dan rakyat menghormati diantara satu bangsa dengan bangsa yang lain
dan ini sudah semestinya akan membawa akibah yang tidak sihat kepada negara
dalam jangka masa yang panjang.
Masih ramai dikalangan kita yang
merasakan yang negara kita ini masih sihat dan berjiwa sebagai sebuah negara,
terutamanya dikalangan mereka yang dalam korridor kuasa yang masih enak
mengelamun dengan keseronokan dan ‘glamour’ hidup mereka.
Tetapi hakikatnya negara kita
memerlukan pembetulan yang pantas dan jika kita tidak berani mengaku keadaan
ini wujud, amat kita khuatiri yang keadaan tidak akan dapat diperbaiki lagi dan
negara kita akan berhadapan dengan krisis yang lebih besar lagi dalam semua
perkara.
Siapa yang hendak melakukan ini
semua, kerana mereka yang boleh melakukan perubahan atau setidak-tidaknya kita
hambat kedatangan musibah dari mendekati kita lagi. Kata-kata seperti yang saya
sebutkan ini mungkin tidak digemari oleh banyak pihak tetapi saya berani
bercakap kerana jika kita khususnya mereka yang berkepimpinan tidak tampil untuk
menyelamatkan keadaan ini, kita tidak terkejut jika ‘nasi akan menjadi bubur’.
Tidak usahlah kita berpolimik
lagi. Polimik diantara kita yang tidak berfaedah ini tidak akan membawa apa-apa
kepada kita. Jika kita teruskan juga jangan pula menyalahkan mana-mana pihak
sebagai tidak bertanggungjawab kerana semuanya mesti mengambil ‘accountability’
terhadap apa yang akan kita rasai akan datang.
Kepada semua pihak yang
berkepimpinan, selamatkanlah negara kita kali ini. Kita tidak ada negara lain
untuk berlindung. Kebanyakan diantara kita tidak mempunyai keupayaan untuk lari
kemana-mana negara lain untuk berteduh dan kita tidak mempunyai kemudahan
jet-jet eksekutif untuk kemana-mana.
Kebanyakan diantara kita tidak
mempunyai isteri yang luas ‘networking’ mereka untuk menyelesaikan apa-apa masalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan