Isnin, 23 Disember 2013

Polis dalam kes tembak remaja langgar peraturan ketua polis, kata peguam

OLEH YISWAREE PALANSAMY


Dari kiri, Nor Azura Amzah, ibu kepada Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, peguam N Surendran dan Latheefa Koya ketika sidnag media di pejabat Lawyers for Liberty, Kuala Lumpur. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Disember, 2013.Dari kiri, Nor Azura Amzah, ibu kepada Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, peguam N Surendran dan Latheefa Koya ketika sidnag media di pejabat Lawyers for Liberty, Kuala Lumpur. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim






















 
Dua peguam hari ini berkata, pegawai polis yang dibebaskan, Koperal Jenain Subi dalam kes tembak kanak-kanak Aminulrasyid Amzah, melanggar Arahan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).

Peguam, N Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili keluarga mangsa, berkata dokumen IGSO mendedahkan polis hanya boleh melepaskan tembakan apabila ia melibatkan nyawa terancam dan tiada perkara lain seperti yang dinyatakan.

"Ini bermakna terdapat perlanggaran yang jelas tentang IGSO dalam kes menembak Aminulrasyid," kata Surendran kepada pemberita hari ini.

Surendran berkata, peguam tidak dapat memastikan hakikat awal sehingga IGSO dihasilkan dalam kes membabitkan seorang ibu tunggal berusia 32 tahun, Norizan Salleh.

Suri rumah berkenaan nyaris maut empat tahun lalu dalam kejadian menembak polis dan memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi.

Norizan menamakan kerajaan, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Sentul daerah dan anggota polis Mohd Firdaus sebagai defendan.

Surendran dan Latheefa adalah peguam untuk Norizan .

"Kami melihat kes Aminulrasyid dan dokumen itu tidak pernah dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan.

"Saya tidak sedar dokumen itu dalam mana-mana hal lain sehingga kes Norizan dibangkitkan," kata Surendran.

Latheefa berkata, terdapat kelemahan serius terhadap penemuan kes Aminulrasyid, untuk memastikan sama ada dia teralah dibunuh.

"Peguam Negara (AG) kini boleh memfailkan usul untuk menggerakkan keputusan Mahkamah Rayuan untuk menyemak semula penghakiman itu sendiri.

"Ia jarang dilakukan tetapi ia perlu dilakukan kerana ini melibatkan keselamatan awam,” kata Surendran.

Peguam berkenaan berkata, kes itu juga akan dibuka semula dan mula menuntut keadilan untuk Aminulrasyid dan keluarganya.

"Bagaimana mungkin berpuluh-puluh kereta polis menembak gaya 'wild wild west' dan lari?,” katanya.

Surendran berkata, Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail bersama Kementerian Dalam Negeri juga boleh mengarahkan polis untuk membuka semula siasatan.

Latheefa berkata, pasukan pendakwaan dalam kes Aminulrasyid ini mempunyai prestasi yang lebih baik setelah meminta dan meneliti IGSO.

Pada 12 Disember, polis menghasilkan IGSO mengenai penggunaan senjata api semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur antara Norizan Salleh menentang kerajaan Malaysia.

“Jika mereka (kerajaan) serius, maka mereka harus membuatsemakan semula kes itu, " katanya.

Latheefa juga menggesa pendakwa raya untuk menjadi lebih serius dalam mengendalikan kes yang berkaitan dengan kepentingan umum dan bukannya bersifat politik .

Surendran berkata, dalam kes Aminulrasyid itu, defendan tidak membuktikan bahawa remaja berkenaan tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada pegawai polis.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu adalah ibu Aminulrasyid itu ,Norsiah Mohamad dan adik ,Nor Azura Amzah.

Norsiah membawa bersamanya surat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertarikh 7 Mei tiga tahun lalu yang memastikan bahawa siasatan kes anaknya akan dijalankan secara telus selepas Aminulrasyid ditembak mati .

Bagaimanapun, Norsiah yang menangis berkata, tiada janji yang dipenuhi.

"Jika anda tidak boleh mengotakan janji, bagaimana anda boleh menjadi perdana menteri?

"Orang menyerang saya di atas talian dan berkata pelbagai perkara tentang saya tetapi apa yang berlaku kepada saya jika melawan mereka, bagaimana mereka akan bertindak balas,” katanya.

Norsiah juga meminta Najib untuk menentukan apa yang dimaksudkan dengan mengatakan bahawa siasatan akan tekun dan telus.

“Hukuman mahkamah begitu berat sebelah dan ia adalah jelas, anak saya hanya berumur 14 tahun dan dia dibunuh seolah-olah dia penjenayah dikehendaki,  mereka tembak 21 peluru kepadanya,” katanya

Tiada ulasan: