Ahad, 1 Disember 2013

Muzakarah laksanakan Islam bukan sertai BN



Oleh AZAMIN AMIN


KUALA LUMPUR: Kesediaan PAS bermuzakarah dengan Umno adalah bertujuan untuk melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini dan tiada kaitan langsung untuk menyertai komponen BN.

Naib Presiden PAS yang baharu, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak timbul soal kebimbangan orang ramai termasuk ahli PAS berhubung niat murni parti Islam itu yang berhasrat untuk memastikan syariat Islam terlaksana di negara ini.

“Ucapan penggulungan Presiden PAS dan usul untuk laksanakan undangundang Islam termasuk di negeri-negeri yang menjadi asas kepada pertemuan yang mahu dibuat dengan Umno.

“Ada perkara-perkara ber kaitan dengan Islam juga mendapat sokongan Muzakarah laksanakan Islam bukan sertai BN ahli-ahli parlimen daripada luar PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian , berhubung saranan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungan di Muktamar Ta hunan PAS ke-59 barubaru ini yang melahirkan kesediaan bermuzakarah dengan Umno dalam usaha untuk melaksanakan pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini.

Ustaz Tuan Ibrahim berkata, sebelum ini berkaitan hudud di Kelantan, Menteri di Jabatan Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Bharom memberitahu, pelaksanaan undang-undang Islam di negeri itu, perlu mendapat sokongan ahli parlimen di Dewan Rakyat.

“PAS dalam masa terdekat, akan membawa private bill berhubung isu Islam dan ianya perlu mendapat sokongan daripada Speaker dan para ahli parlimen yang lain.

Beliau mempersoalkan sikap Kerajaan Pusat itu selama ini yang dilihat ‘mendera’ Kelantan dalam soal hukum Islam termasuk kes-kes lain seperti royalti minyak, lebuh raya, geran berkapita dan perpecahan rakyat akibat wujudnya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) daripada segi mengagihkan peruntukan.

Dalam masa yang sama, Ustaz Tuan Ibrahim menjelaskan, muzakarah ini tidak sama sekali akan menjejaskan hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya pertemuan itu akan dibuat secara terbuka dan akan dimaklumkan ke pada rakan-rakan parti komponen yang lain.

“Kita akan buat muzakarah secara terbuka dan akan maklumkan kepada KeADILan dan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi mengelak salah tanggap di kemudian hari,” katanya.

“PAS sudah menunjukkan kesungguhan untuk bermuzakarah bagi memasti kan pelaksanaan pentadbiran Islam dapat dilaksanakan. Selebihnya, kita akan te ngok bagaimana res pons Perda na Menteri se bagai ke tua pemerintah,” katanya.

Pada 25 November lalu, Najib Razak memberitahu akan bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yaakob bagi membincangkan cadangan muzakarah antara kedua-dua pihak.
Mengulas agenda yang dibangkitkan dalam Muktamar PAS Ahad lalu, Najib yang juga berkata, be liau bersedia bertemu pemimpin parti Islam itu dalam tempoh segera.

Sambil menyatakan keterbukaannya, Najib bagai manapun meminta PAS menghuraikan lanjut berhubung muzakarah itu.

Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan idea dialog demi perpaduan Islam, terutamanya dalam pelaksanaannya ajaran dan undangundang Islam.

Umno sebelum ini menolak idea itu ekoran kemungkinan ia bertentangan dengan undang-undang sekular dalam perlembagaan.

Pada 1993, kerajaan Kelantan meluluskan enakmen hudud tetapi pelaksanaannya ditangguhkan ke rana penguatkuasaan di anggap memerlukan pindaan perlembagaan.

Tiada ulasan: