SEJAK mula bersekolah pada tahun 1961, saya terkenang pelbagai peristiwa daripada darjah 3, 4, 5, 6 dan seterusnya ke sekolah menengah, sampailah kepada institusi pengajian tinggi.
Cerita yang popular pada waktu itu ialah kejahatan dan buruknya ideologi komunis. Iaitu komunis yang kerjanya membunuh orang ramai, menjahanamkan infrastruktur kerajaan, tidak percaya kepada Tuhan, pengganas dan amat ganas tindakan mereka.
Melawan komunis adalah merupakan satu jihad kerana waktu itu British dan kuasa barat menghadapi komunis di Eropah, di Rusia dan di Malaya. Komunis dan rangkaiannya bangun menentang penjajah British dan juga berusaha untuk menghalaunya daripada Malaya dan tanah jajahannya.
Selepas merdeka, kerajaan Malaya yang merdeka menghadapi serangan ataupun penentangan daripada komunis yang berterusan.
Di luar Malaya pula berlaku peperangan Vietnam. Vietnam Utara dengan ideologi komunis, manakala Vietnam Selatan didokong Amerika Syarikat dan negara-negara Barat. Malaya ataurangkaian AS menentang kemaraan komunis di Vietnam pimpinan Ho Chin Minh.
Manakala Rusia pula, semakin hari semakin kuat menguasai negara-negara yang sekarang disebut CIS (Komanwel Negara-Negara Merdeka), dan pada tahun 1979 telah menguasai Afghanistan.
Ratusan ribu menjadi mangsa hasil pertarungan komunis dan bukan komunis, sama ada di Malaya atau di negara-negara lain.
Bahkan di Vietnam sehingga jutaan rakyat terkorban.
Di tanah air, polis, tentera dan orang ramai terkorban. Begitulah juga di pihak yang mendokong komunis, jumlah korban begitu banyak dalam pertarungan ideologi, pertarungan negara dan pertarungan kuasa di atas muka bumi ini.
Pada 1975, peperangan di Vietnam tamat. Vietnam Utara berjaya mengalahkan AS dan juga sekutunya di Vietnam Selatan. Richard Nixon telah melawat China dan membuat satu hubungan diplomatik baru di dunia ini.
Rusia pula yang membuat pembaharuan di atas konsep glasnost (keterbukaan) and perestroika (penstrukturan semula), menarik keluar tentera dan kuasa politiknya di Afganistan dan di negaranegara serantau yang lain.
Malaysia menandatangani perjanjian damai dengan Parti Komunis Malaya pada 1989 dalam Rundingan Damai Haadyai. Pemimpin PKM boleh pulang ke tanah air jikalau mereka mahu, kecuali Chin Peng (dan abunya) tidak diberi kebenaran itu, tetapi yang lain-lain boleh pulang atau diusahakan untuk pulang.
Selepas Demonstrasi Baling pada 1974, aktivis jalanan dan juga penunjuk perasaan yang membela tunjuk perasaan besar-besaran itu diburu di bawah ISA. Puluhan pelajar dan juga pensyarah ditahan tanpa bicara, termasuk Anwar Ibrahim, Syed Husin Ali, Kamaruzaman Yaakob dan ratusan para pelajar dikejar dan diburu ISA.
Aktivis pelajar berhaluan kiri, Hishamuddin Rais melepaskan diri ke luar negara. Selepas perjanjian damai pada tahun 1991, pemimpin kesatuan pelajar serta Kelab Sosialis Universiti Malaya pulang ke tanah air, dan kemudiannya menjalankan aktiviti sosial dengan begitu hebat sekali.
Apa yang hendak saya tekankan di sini ialah, komunis yang menjadi buruan di tahun 50-an hingga 80-an, sekarang boleh pulang, bahkan dipelawa pulang ke tanah air. Ertinya, sesuatu ideologi yang diperangi itu bukanlah kekal. Ia hanya bersifat sementara.
Apakah giliran memerangi ideologi Syiah sekarang ini akan berpanjangan atau hanya sementara sahaja? Kita ikutilah perkembangan seterusnya nanti.
Permusuhan kepada komunis kini sudah menjadi reda. Sekarang China muncul sebagai kuasa ekonomi, bahkan dalam masa dua hingga tiga tahun lagi akan menjadi kuasa ekonomi dunia nombor satu, mengatasi AS dan Eropah Barat.
Perdagangan dengan China sudah menjadi rebutan. Bahkan setiap negara menunjukkan peningkatan angka berbilon dolar dalam urusan dagangan dengan China.
Presiden China seorang komunis datang ke Malaysia dan disambut hamparan permaidani merah.
Begitulah juga Rusia, muncul sebagai negara yang kuat dengan ekonomi, dengan hasil minyaknya yang begitu tinggi menguasai pasaran Eropah sekarang. Dan ia dianggap satu negara yang kukuh dalam bidang ekonomi dan ketenteraan.
Maka permusuhan kepada komunis, seolah-olah tidak ada lagi. Walaupun hanya ada sentimen dari sudut sejarah apabila saya cuba menimbulkan isu Mat Indera pejuang kemerdekaan.
Pemerintah memanipulasinya atas sentimen lama, bukan pembaharuan untuk membenci dan menentang komunis seperti yang berlaku di tahun 50-an hingga awal 80-an dahulu.
Pada tahun 1979, berlaku Revolusi Islam di Iran. Revolusi ini dianggap mengancam kuasa barat dan kuasa AS di Asia Barat. Di mana yang dijatuhkan ialah kerajaan Shah yang disokong dan didokong oleh AS dan Israel.
Oleh kerana Iran ialah sebuah negara Islam, maka pengaruh revolusi itu boleh tersebar ke manamana dunia Islam yang lain, untuk rakyat membuat penentuan supaya mereka tidak dikuasai oleh AS dan British. Maka untuk menyekat kemaraan itu isu Syiah ditimbulkan.
Sebelum itu rakyat Malaysia, khas nya ketika zaman saya di peringkat persekolahan rendah, me nengah dan di kampus, tidak tahu apa itu Syiah. Dato’ Mahfuz Omar bila dituduh atau ditanya “Adakah beliau seorang Syiah?” beliau mengatakan “Apakah Syiah itu sejenis kuih ka?”
Ertinya rakyat Malaysia umumnya tidak tahu apa dia itu Syiah? Mereka hanya tahu hanyalah Islam, dan bukan Islam.
Tetapi digelombangkan isu Syiah selepas revolusi pada tahun 1979, kemudiannya diikuti oleh peristiwaperistiwa yang berlaku di Teluk Parsi, khasnya bila kemunculan Hizbullah untuk menghadapi Israel dan kancah politik di Lubnan. Maka isu Syiah itu di semarakkan lagi.
Berlaku pula pertembungan di Syria, di mana munculnya kum pulan Tentera Bebas Syria, FSA yang disokong oleh pemain utamanya iaitu Arab Saudi, Qatar, dan negaranegara barat seper ti AS, Perancis, British dan se bagainya. Kebetulan Basyar al-Asad telah dikatakan bermazhab Syiah Alawi yang kita pun tidak tahu soal-soal mazhab di Syria itu. Maka isu Syiah menggantikan tempat komunis yang telah reda beberapa tahun kebelakangan ini.
Jikalau pertarungan hal komunis itu menyebabkan jutaan dan ribuan rakyat di kedua-dua pihak terkorban dan menjadi mangsa, kita tidak tahu hal isu Syiah ini pula, iaitu go longan yang pro dan yang menentangnya apa pula yang akan di hadapi oleh peme rintah dan juga rakyat. Saya yakin peristiwa ini tidak berpanjang an seperti isu komunis.
Iran berusaha untuk menjadikan negaranya salah satu negara nuklear.
Tetapi Barat cuba untuk memboikot perdagangan dengan Iran, sehingga rakyat Iran yang berada di luar, yang berada di atas sekatan yang mana mereka tidak boleh membuka akaun di mana-mana bank. Mereka hadapi tekanan yang begitu dahsyat. Inflasi di dalam negara mereka naik seperti roket.
Mahu atau tidak mahu, Iran telah menjadi sebuah negara nuklear. Pada 2 minggu yang lalu, satu kejutan telah berlaku di mana negara 5+1 bersetuju membuat perdamaian. Secara ringkasnya dengan Iran, dan meng izinkan Iran meneruskan pengkayaan ura niumnya (nuklear) tetapi tidaklah sampai kepada peringkat un tuk menghasilkan bom nuklear.
Oleh itu dalam masa lima bulan lagi, jikalau perundingan ini berterusan maka sekatan ekonomi, teknologi, peralatan kepada Iran akan berkurangan ataupun akan beransur- ansur pulih. Maka dianggarkan Iran akan muncul se bagai negara yang kuat dengan ekonomi, kerana kekuatan mi nyak dan teknologinya yang ada sekarang ini. Dan dengan Iran sekarang ini menjadi pemain uta ma di rantau Asia Barat sama ada di Iraq, Syria, Lubnan dan Afghanistan, sudah tentunya ia akan muncul sebagai satu kuasa baru.
Gendang anti-Syiah pada waktu itu akan berkurangan, AS dan sekutu baratnya akan mengubah haluan serangan entah ke mana pula. Ideologi “Awang Liku” mana pula akan menjadi ancaman pada waktu itu.
Sebab itulah, saya berkeyakin an penuh isu Syiah yang dimainkan ter masuk saya sendiri yang menjadi mangsa dalam isu ini. Bagi pandang an peribadi saya, ini hanyalah isu sementara, dan ianya akan lebih cepat padam daripada isu ko munis. Tetapi isu Syiah ini akan ber kurangan tidak lama lagi, apabila negara Barat mula bersahabat semula dengan Iran. Dan propaganda anti-Syiah ini akan berkurangan.
Walau bagaimanapun dalam setiap pertarungan ideologi ada yang akan menjadi mangsa, sama ada tuduhan itu palsu, rekaan dan sebagainya untuk memperkuatkan se sebuah kerajaan itu, atau sebuah parti politik itu, demi me nunjukkan yang mereka prihatin terhadap keselamatan negara, ataupun sebagai propaganda untuk mereka meneruskan kuasa di suatu tempat. Pertarungan ideo logi ini akan berterusan.
Walau bagaimanapun kita akan konsep keadilan sejagat, ada jenayah universal yang tetap dianggap jenayah, seperti membunuh orang tanpa sebab, memukul isteri, memukul anak, memukul menantu, memukul bakal me nantu yang tak jadi, menggunakan kuasa untuk me lindungi kesalahan, rasuah, men curi wang rakyat, menindas rakyat, memakan riba.
Semuanya itu adalah me rupakan kesalahan-kesalahan walau apapun ideologi, ia akan tetap dianggap satu jenayah.
Begitulah juga mereka yang menolong anak yatim, membantu orang miskin, melawan rasuah, menentang penindasan, menjaga dan kasihan kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan, alam se kitar, menggalakkan kehijauan, mewujudkan keharmonian anta ra kaum, memperjuangkan kebenaran sejagat, ideologi apa yang berkuasa, kumpulan apa yang naik, ia ini diterima umum sebagai perkara yang baik, yang perlu ada. Oleh itu perjuangan hak dan batil akan berterusan “Ila Yaumil Qiamah...” tidak kira sama ada ideologi apa, keadaan apa yang berlaku di suatu tempat atau di sesuatu negara.
Saya berpegang di atas konsep per juangan berdasarkan Islam, iaitu menegakkan yang maaruf dan menentang yang mungkar, dan beriman kepada Allah dan berusaha untuk mewujudkan keharmonian se mua kaum di atas sifat apa yang diberitahu oleh kitab suci al-Quran, “Wama Arsalnaka ‘illa Rahmatal Lil Aalamin.”, “... Dan tidaklah Kami utuskan Engkau Muhammad kecuali untuk mem bawa kesejahteraan kepada sekelian alam...”. Itulah pandangan saya untuk kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan