Jumaat, 13 Disember 2013

Apabila wasatiyah menjadi asabiyah



Oleh SELENA TAY


DALAM satu perhimpunan parti yang telah diadakan awal bulan ini, seorang perwakilan telah bangkit mencadangkan bahawa slogan 1Malaysia ditukarkan kepada 1Melayu.

Seorang lagi perwakilan pula mengesyorkan supaya BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) jangan diberikan kepada penyokong pihak pembangkang.

Dan yang amat malang sekali, seorang perwakilan wanita menggunakan perkataan "bangsat."

Semua ini jelas menunjukkan bahawa parti tersebut ialah parti yang mengamalkan fahaman asabiyah walaupun ketua pemimpinnya pernah menekankan amalan wasatiyah.

Dari sini, rakyat harus sedar bahawa kelakuan perwakilan parti tersebut merupakan hasrat terpendam parti itu.

Jelaslah juga bahawa parti itu bukan sebuah parti yang prihatin terhadap rakyat tetapi hanya berniat untuk memecahbelahkan rakyat supaya mereka dapat berkuasa selamalamanya.

Niat mereka bukan berjuang demi kebaikan rakyat tetapi mereka hanya berjuang untuk suku-sakat serta saku mereka sendiri.

Dan niat mereka telah terserlah dan tidak boleh disembunyikan lagi.

Oleh itu, tidak perlulah mereka melaungkan slogan kosong 1Malaysia dengan semangat yang berkobarkobar kerana ramai orang sudah tahu bahawa slogan itu hanyalah untuk memancing undi masyarakat bukan-Melayu sahaja. Justeru, tidak sesiapa pun yang perlu diperdayakan lagi.

Tiada ulasan: