Sunday, December 26, 2021

Banjir meninggalkan kesan kepada semua pihak

 Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

PENDUDUK melakukan kerja-kerja pembersihan akibat dilanda banjir baru-baru ini di Kampung Cemperai, Dengkil, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

HULU LANGAT: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bencana banjir meninggalkan kesan bukan sahaja kepada rakyat, tetapi kepada semua pihak termasuk membabitkan golongan peniaga.

Kata Perdana Menteri terdapat kilang-kilang industri besar terpaksa ditutup untuk beberapa hari kerana mesin rosak akibat ditengelami air.

Jelasnya, namun tumpuan kerajaan pada masa kini untuk menyelesaikan isu-isu domestik melibatkan dalam kalangan rakyat.

“Memanglah ada kesan tetapi sejauh mana kesan, tunggu laporan. Jika di Selangor, bukan sahaja peniaga kecil tetapi industri besar juga terlibat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan belum dapat menganggarkan jumlah sebenar kerugian yang dialami akibat bencana banjir.

Katanya, perkara itu khususnya di Selangor masih dikumpul oleh pihak bertanggungjawab untuk mengetahui sejauh mana kerugian dialami. – UTUSAN ONLINE

No comments: