PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 19 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Daripada jumlah itu, tiga korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 31,334.
Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lima kes, diikuti Perak (empat), Pulau Pinang (tiga), Johor (dua) serta Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak (masing-masing satu).Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Pahang, Perlis, Selangor, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 44,815 kes aktif dilaporkan, termasuk 306 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 170 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,539 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,741,179.
No comments:
Post a Comment