JAKARTA – Sebuah video yang menunjukkan imej seorang remaja lelaki yang celah kangkangnya tersepit pada tayar motosikal menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com.
Oleh KOSMO!
Dalam video tersebut, kelihatan seorang remaja lelaki dari Indonesia berada dalam posisi mengangkang sambil tubuhnya dipegang oleh seorang lelaki lain.
Lokasi mereka bagaimanapun tidak dapat dipastikan.
Kain yang dipakai remaja itu dipercayai telah tersepit pada tayar motosikal itu sehingga menyebabkan tubuhnya terseret masuk ke bahagian belakang kenderaan tersebut.
Orang ramai yang melintasi jalan tersebut kelihatan turut berhenti untuk memberikan pertolongan.
Video tersebut sudah ditonton lebih lima ribu kali dengan netizen meninggalkan pelbagai komen.
“Semoga semuanya baik-baik sahaja dan bahagian sulitnya masih boleh berfungsi di masa hadapan,” tulis seorang netizen.
“Ngilunya,” tulis seorang lagi netizen. – Agensi
No comments:
Post a Comment