Kebanyakan petugas
kesihatan yang dijangkiti Covid-19 itu menjadi pesakit kategori 1 dan 2
iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.
Petugas kementerian kesihatan (KKM) yang dijangkiti Covid-19 selepas lengkap menerima dua dos vaksin, hanya mengalami gejala ringan, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.
Beliau berkata kebanyakan petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 itu menjadi pesakit kategori 1 dan 2 iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.
“Daripada sejumlah 243,309 petugas KKM yang lengkap divaksinasi, hanya 0.75% atau 1,834 petugas dijangkiti Covid-19.
“Daripada jumlah itu, hanya seorang merupakan kategori 4 (pesakit Covid-19 yang memerlukan oksigen), dua orang kategori 3 sementara 1,219 orang dalam kategori 2 dan seramai 612 dalam kategori 1,” katanya dalam sidang media mingguan perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan hari ini.
Dr Adham berkata kadar jangkitan dan tahap keseriusan yang rendah itu sekali gus dapat mengurangkan tekanan kepada sistem kesihatan, terutamanya di unit rawatan rapi.
“Ini menunjukkan vaksin yang kita laksanakan melindungi dan efikasi vaksin mencapai tahap (yang dikehendaki),” katanya.
No comments:
Post a Comment