PARIT BUNTAR: Tabung di Surau Al-Barokah, Parit Mat Ali dekat sini dilarikan pencuri hari ini.
Pengerusi surau, Azhar Maturedi berkata, kejadian itu disedari pada kira-kira pukul 1.30 petang ketika dia bersama beberapa jemaah mahu menunaikan solat Zohor.
Menurut, tabung surau yang dilarikan itu diletakkan pada dinding bangunan surau dan kecurian dipercayai berlaku pada pukul 9.30 hingga 10 pagi.
“Sebelum ini ketika menunai solat Subuh, tabung surau masih ada.
“Berdasarkan maklumat penduduk, mereka menyedari seorang lelaki menaiki motosikal jenis Honda EX-5 berwarna hitam memasuki surau dengan memakai topi keledar namun tidak mengesyaki apa-apa.
“Lelaki tersebut keluar dari surau dengan membawa beg sandang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurutnya, sebelum ini tabung di surau itu pernah beberapa kali dipecahkan dan digantikan dengan kunci yang baharu.
“Namun kali ini pencuri melarikan tabungnya sekali dan ini menyebabkan struktur dinding rosak,” katanya.
Menurutnya, susulan kejadian itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kurau dekat sini hari ini dan kerugian dianggarkan RM300.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata, setakat ini pihaknya belum terima laporan kejadian itu kerana difahamkan laporan dibuat di Balai Polis Kuala Kurau dekat sini.
No comments:
Post a Comment