Friday, July 2, 2021

Hanya seorang boleh keluar radius 10 km

 Oleh MOHD RASDAN AHMAD

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Semua penduduk di dalam kawasan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya seorang sahaja wakil isi rumah keluar untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.

“Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas pukul 8 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

“Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja dibenarkan untuk beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di lapan daerah dalam Selangor yang membabitkan 34 buah mukim.

Manakala sebanyak 14 lokaliti di Kuala Lumpur turut dikenakan PKPD, arahan tersebut berkuat kuasa 3 hingga 16 Julai 2021.- K! ONLINE.

No comments: