Khamis, 13 Mei 2021

Wanita nyaris maut terbakar

Oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM
KEADAAN wanita yang terselamat dalam kebakaran rumahnya di Taman Kajang Utama, Selangor hari ini. - UTUSAN/IHSAN BOMBA
PETALING JAYA: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila rumahnya di Taman Kajang Utama, di sini terbakar awal pagi tadi

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, ketika tiba, pihaknya mendapati sebuah rumah terbakar di bahagian bilik.

“Kita dimaklumkan terdapat seorang wanita berusia 35 tahun berjaya diselamatkan orang awam dalam kejadian itu.

“Bagaimanapun, mangsa berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya mengalami trauma akibat kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Norazam, pihaknya mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan kebakaran itu.

Jelas beliau, punca kebakaran masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: