Khamis, 27 Mei 2021

Beginilah keadaan tren LRT yang bertembung Isnin lalu

Mohd Hazrol Zainal
MGF27052021_LRT-TUNDA07
Keadaan gerabak tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang terlibat dalam kemalangan di laluan Kelana Jaya pada 24 Mei lalu ketika ditunda ke Kompleks Rapid Rail Subang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Dua tren transit aliran ringan (LRT) yang terlibat dalam kemalangan di terowong antara Stesen Kampung Baru dan Stesen KLCC kelmarin telah ditunda ke Kompleks Rapid Rail Subang awal pagi ini.

Kerja-kerja penundaan dilakukan selepas dua hari kejadian yang mengakibatkan 213 penumpang cedera, enam daripadanya kritikal dan masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

MGF27052021_LRT-TUNDA08Petugas melakukan kerja-kerja menunda gerabak tren Transit Aliran Ringan (LRT) 
yang terlibat dalam kemalangan di terowong antara Stesen Kampung Baru dan 
Stesen KLCC  pada 24 Mei lalu di Kompleks Rapid Rail Subang, Selangor. Foto 
HAZROL ZAINAL,

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam tren di laluan Kelana Jaya itu telah bertembung berpunca dari masalah komunikasi. Satu daripada tren tanpa penumpang sedang dipandu uji.

Artikel berkaitan

– MalaysiaGazette

Tiada ulasan: