Ahad, 30 Mei 2021

Mahu kerajaan kurangkan rancangan TV unsur maksiat sepanjang lock down

Wartawan MalaysiaGazette
MGF01022020_Sidang-Media-Dewan-Pemuda-PAS-Malaysia_11
Ir. Khairil Nizam Khirudin

KUALA LUMPUR – Pemuda Perikatan Nasional (PN) mahu kerajaan mengurangkan rancangan televisyen yang berunsur maksiat dan menukarkannya kepada rancangan berunsur pendidikan.

Itu antara cadangan kepada kerajaan untuk dilaksanakan sepanjang total lockdown tidak lama lagi, dalam satu kenyataan hari ini.

Ia salah satu daripada lima cadangan Pemuda Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, Ketua Pemuda PN, Senator Khairil Nizam Khirudin juga mencadangkan supaya sim bantuan bersasar kepada B40 dan M40, subsidi upah pekerja dan suntikan tunai kepada peniaga Industri Kecil Sederhana.

“Pemuda PN juga menggesa semua pihak dapat bekerjasama melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19 dan menyarankan tidak berbelanja boros agar upaya untuk bertahan dapat dipanjangkan,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Sebelum itu, katanya, Pemuda PN menyambut baik pengumuman total lockdown oleh Perdana Menteri bagi fasa pertama selama dua minggu bermula lusa.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: