870 dijangkiti selepas terima vaksin fasa pertama
PUTRAJAYA – Seramai 870 petugas kesihatan dijangkiti wabak COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Perkara itu dikesan selepas mereka mendapat dos vaksin menerusi fasa pertama Program Imunisas COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula akhir Februari lalu hingga April.
Ketika ini, katanya, seramai 1,369 petugas kesihatan dijangkiti wabak itu sejak setahun lalu.
“Seramai 219 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas mendapat satu dos vaksin atau 16 peratus daripada keseluruhan petugas yang dijangkiti,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Dr Adham berkata, bagi petugas yang sudah mendapat dua dos vaksin, seramai 651 dikesan dijangkiti COVID-19 manakala 499 lagi dijangkiti sebelum mereka mendapatkan pelalian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan