MGF26052021_SARINGAN-PERCUMA-PAYA-JARAS-14-1
Petugas Kesihatan Sel Care Selangor menggunakan mesin Biosenser F200 untuk mendapatkan keputusan ujian saringan Covid-19 peringkat DUN Paya Jaras penduduk secara percuma ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan MBSA Seri Paya Jaras Tengah, Sungai Buloh, Selangor. Foto MOHD ADZLAN

KUALA LUMPUR – Sebanyak 9,020 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, Selangor merupakan negeri yang mencatat kes tertinggi dengan 2,836 kes diikuti Kelantan (907 kes), Negeri Sembilan (898 kes) dan Kuala Lumpur (789 kes).

“Semua negeri mencatat pertambahan kes hari ini dan kes terendah dilaporkan di Perlis sebanyak 19 kes setakat jam 12 tengah hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 meningkat kepada 558,534 kes. 

Berikut jumlah kes baru mengikut negeri:

  • Selangor – 2,836
  • Kelantan – 907
  • Negeri Sembilan – 898
  • Kuala Lumpur – 789
  • Sarawak – 726
  • Johor – 468
  • Kedah – 468
  • Pulau Pinang – 345
  • Melaka – 340
  • Labuan – 253
  • Perak – 272
  • Sabah – 265
  • Pahang – 216
  • Terengganu – 189
  • Putrajaya – 29
  • Perlis – 19  – MalaysiaGazette