Rabu, 5 Mei 2021

Semua sekolah di Selangor tutup esok hingga 12 Mei

Oleh Media Mulia
Semua sekolah di Selangor diarah tutup mulai 6 hingga 12 Mei.

PETALING JAYA: Jabatan Pendidikan Selangor mengumumkan seluruh sekolah di Selangor bawah Kementerian Pendidikan diarah tutup untuk pembelajaran secara bersemuka mulai esok hingga 12 Mei.

Penutupan itu adalah  bagi mengurangkan kes-kes Covid-19 yang meningkat di negeri ini.

“Penutupan sekolah adalah berterusan sehingga Hari Raya Aidilfitri seperti diumumkan kementerian pada 26 April lalu,” kata Pengarah Pendidikan Negeri, Izmi Ismail dalam edaran arahan penutupan kepada sekolah hari ini.

Menurut beliau, bagi pergerakan pulang murid asrama sempena cuti raya adalah mengikut jadual yang dirancang pihak seolah.

“Bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan urid, ibu bapa , pihak sekolah perlu mengekalkan jadual pergeraan pulang yang ditetapkan,” kata beliau. – UTUSAN

Tiada ulasan: