Jumaat, 14 Mei 2021

Muhyiddin minta umat Islam doakan keselamatan rakyat Palestin


PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddi Yassin hari ini meminta umat Islam mendoakan agar Allah memelihara dan melindungi rakyat Paslestin yang berhadapan dengan serangan jet dan roket rejim Israel.

Katanya, sungguh besar ujian ujian yang terpaksa mereka tempuhi tatkala umat Islam yang lain sibuk merayakan Aidilfitri.

”Maka sama-samalah kita mendoakan agar Allah pelihara dan lindungi saudara kita di Palestin. Marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat sebagai warga bumi bertuah ini tatkala negara lain dan dunia diuji dengan ujian yang amat getir.

”Semoga Allah SWT memakbulkan doa kita untuk melihat rantaian Covid-19 ini diputuskan secepat mungkin dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa,’’ katanya dalam catatan melalui Facebook.

Sambil memaklumkan beliau berkesempatan menjadi imam solat sunat Aidilfitri di kediaman bersama ahli keluarga dan pembantu rumah, Perdana Menteri berkata,

penularan wabak COVID-19 dan kewujudan varian baharu dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi membantutkan aktiviti dan rutin harian umut Islam yang berkehendakkan meraka menyambut Aidilfitri tidak seperti kelaziman.

‘’Tahun ini, sekali lagi kita terpaksa menyambut Aidilfitri di rumah sendiri seperti tahun lalu. Sudah pasti saya seperti ibu bapa yang lain merasa sedih pada pagi Syawal ini kerana tidak dapat bersama anak-anak dan menantu serta cucu kerana mereka dari lain daerah walaupun berada di Kuala Lumpur.

‘’Sedih dan sayu juga apabila takbir raya tahun ini hanya disahut jemaah yang terdiri daripada ahli keluarga, bukan seperti di masjid atau surau seperti mana sambutan sebelum wabak ini melanda negara. Saya akui memang amat sukar untuk menahan perasaan ketika bertakbir dengan hanya bertemankan beberapa makmum,’’ katanya.

Walau apa pun, kata Muhyiddin, beliau amat bersyukur kerana umat Islam di Malaysia masih dapat meraikan Aidilfitri dalam keadaan tenang tanpa ada pergolakan.

‘’Masih boleh bersama keluarga terdekat dan masih boleh berhubung dengan mereka yang jauh menerusi telefon. Sebagaimana orang lain, saya juga menggunakan teknologi seperti zoom untuk berhubung, menatap wajah dan berkomunikasi dengan ahli keluarga yang lain. Lepas juga rindu biar pun tidak dapat bersama menyambut Aidilfitri yang mulia ini,’’ katanya.

Tiada ulasan: