Jumaat, 14 Mei 2021

Gempa bumi di Kundasang

Oleh SYED MOHD HAZIQUE SYED NOR

Gempa bumi itu berlaku 13 kilometer barat dari Ranau, Sabah.

PETALING JAYA – Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter dilaporkan melanda Kundasang, Sabah pada pukul 8.42 malam sebentar tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu hantaran di Facebooknya memaklumkan gempa bumi itu berlaku 13 kilometer (km) barat dari Ranau, Sabah.

“Gempa bumi lemah yang berlaku pada kedalaman 10 km itu menyebabkan gegaran dirasai di sekitar kawasan Kundasang dan Ranau.

“Bencana alam itu tidak menyebabkan ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya. – K! ONLINE

Tiada ulasan: