Isnin, 3 Mei 2021

Lelaki bogel tunggang motosikal

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM:  Seorang lelaki mencuri perhatian pengguna jalan raya apabila menunggang motosikal dalam keadaan berbogel di sini  semalam.

Video berdurasi 24 saat itu memaparkan lelaki tersebut menunggang motosikal  tanpa seurat benang dan tindakannya dirakamkan pengguna jalan raya lain.

Video tersebut  tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Satu lagi video berdurasi lima saat menunjukkan individu sama berlegar-legar di hadapan sebuah premis di pekan Kulim turut tular.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu. – UTUSAN

Tiada ulasan: