Selasa, 18 Mei 2021

Kenderaan keluar dari Kelantan meningkat selepas sambutan Aidilfitri

AGENDA DAILY

Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 diumumkan bermula 12 Mei hingga 6 Jun.

 

Jumlah kenderaan rentas negeri khususnya menghala ke Kuala Lumpur melalui Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dilaporkan meningkat sejak semalam.

Difahamkan peningkatan berlaku setelah berakhirnya sambutan Aidilfitri selepas perantau mula pulang semula ke ibu kota untuk kembali bekerja.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Sik Choon Foo berkata, daripada pemantauan dilakukan terdapat peningkatan kenderaan sebanyak 25 hingga 30 peratus.

“Ia hanya membabitkan laluan utama di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis manakala Jalan Gua Musang-Cameron Highlands tidak banyak berubah,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Mengulas lanjut, katanya, kesesakan jalan berkenaan tidaklah kritikal kerana semua perjalanan trafik terkawal bermula di Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

“Apapun, kita sentiasa meningkatkan kawalan dan pemeriksaan lebih ketat ke atas kenderaan yang melalui jalan itu,” katanya.

Sebelum ini, aliran trafik laluan Lebuhraya KL-Karak, beberapa hari lalu, sesak dengan kenderaan menuju ke ibu negara.

Agenda Daily melaporkan bahawa kesesakan teruk di lebuh raya berkenaan menjadi tanda tanya warganet susulan larangan rentas negeri sudah dikuatkuasakan sempena Aidilfitri kali ini.

Pada 8 Mei lalu, meskipun negara telah dikenakakan Perintah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aliran trafik menuju ke pantai timur dilaporkan sesak sejak pada hari berkenaan difahamkan orang ramai mengambil kesempatan untuk pulang beraya.

Dimakumkan pada hari berkenaan, jumlah kenderaan meningkat seawal jam 8 pagi menyebabkan kesesakan terutama di kawasan sebelum Plaza Tol Bentong.

Kerajaan pada 10 Mei lalu mengumumkan PKP 3.0 diperluas ke seluruh negara dan berkuatkuasa 12 Mei hingga hingga 7 Jun 2021.

Namun, semua sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.

Tiada ulasan: