Selasa, 18 Mei 2021

Laluan Lebuhraya KL-Karak menuju ibu kota masih sesak, ramai rentas negeri?

AGENDA DAILY

Sekitar jam 5.30 petang tadi,mendapati kenderaan beratur panjang menuju ke sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Gombak arah pusat bandar Kuala Lumpur.

 

Aliran trafik laluan Lebuhraya KL-Karak, hari ini, sesak dengan kenderaan menuju ke ibu negara.

Sekitar jam 3.00 petang tadi,mendapati kenderaan beratur panjang menuju ke sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Gombak arah pusat bandar Kuala Lumpur.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi perkongsian di Facebook rasmi mengesahkan bahawa berlaku kesesakan luar jangka pada hari ini.

“3.00pm KLK@E8 : Trafik sesak 2.6km sebelum keluar Plaza Tol Gombak arah Kuala Lumpur,” menurut LLM.

Terdahulu, Agenda Daily melaporkan bahawa kesesakan teruk di lebuh raya berkenaan menjadi tanda tanya warganet susulan larangan rentas negeri sudah dikuatkuasakan sempena Aidilfitri kali ini.

Difahamkan kesesakan berlaku di lebuh raya itu pada malam tadi sejak dari jam 8.49 malam semalam sampai ketika ini.

Terdahulu pada 8 Mei lalu, meskipun negara telah dikenakakan Perintah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aliran trafik menuju ke pantai timur dilaporkan sesak sejak pada hari berkenaan difahamkan orang ramai mengambil kesempatan untuk pulang beraya.

Dimakumkan pada hari berkenaan, jumlah kenderaan meningkat seawal jam 8 pagi menyebabkan kesesakan terutama di kawasan sebelum Plaza Tol Bentong.

Kerajaan pada 10 Mei lalu mengumumkan PKP 3.0 diperluas ke seluruh negara dan berkuatkuasa 12 Mei hingga hingga 7 Jun 2021.

Namun, semua sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.

Tiada ulasan: