Ahad, 2 Mei 2021

11 lagi sekolah di Negeri Sembilan ditutup

Oleh NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN: Sebanyak 11 buah sekolah lagi di negeri ini diarahkan tutup selama dua hari selepas terdapat pengesanan kes positif Covid-19 dalam kalangan warga sekolah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, kesemua sekolah rendah serta menengah yang terletak di daerah Seremban dan juga Rembau itu akan ditutup bermula Isnin ini sehingga Selasa.

Menurutnya, sekolah rendah yang diarah tutup berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Labu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Forest Heights, SJKC Chung Hua (Seremban), SJKC Bandar Springhill, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Lorong Java, dan SK Kampung Batu.

“Sekolah menengah pula ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kepayang, SMK King George V, SMK Kompleks KLIA dan SMK Bukit Mewah dan SMK St Paul.

“Sekolah ini ditutup bagi membolehkan PKD membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan sekolah menjalankan proses disinfeksi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Rafie berkata, penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko oleh pejabat kesihatan daerah (PKD) yang berkaitan.

Penambahan 11 buah sekolah ini menjadikan sebanyak 46 buah sekolah telah diarahkan tutup di seluruh negeri ini sejak 22 April lalu.

Sementara itu, jelasnya, sebanyak lima sekolah yang diarahkan tutup sebelum ini juga dilanjutkan penutupannya iaitu SK Kompleks KLIA, SJKC Sino English, SJKT Sungai Salak dan SJKC Pei Hua, Seremban yang masing-masing ditutup semalam dua hari sehingga 4 Mei depan.

SMK Seremban 2 yang merupakan sekolah pertama ditutup pada 22 April lalu juga akan terus ditutup sehingga 7 Mei depan.- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: