Saturday, April 24, 2021

Sudah lah tak pakai baju lokap, majikan Cina tak mengaku bersalah

AGENDA DAILY

Majikan Cina yang memukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa membuat pengakuan tidak bersalah.

Sudah lah menerima layanan istimewa tidak memakai baju lokap, majikan Cina yang memukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa membuat pengakuan tidak bersalah pula terhadap lima pertuduhan di Mahkamah Majistret Klang hari ini.

Chung Chee Yang, 43, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret P. Sarulatha.

Menurut kertas kes pertuduhan, tertuduh pada 13 April 2021 di antara 10.30 malam hingga 11.30 malam di luar halaman rumah di Jalan Batu Nilam 9, Bandar Bukti Tinggi, Klang telah menakutkan Mohd Azminizam Zulkepli, 44, melalui ugutan kecederaan parah dengan mengacukan sepucuk pistol ke arahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa bersubahat dengan pembantu peribadinya, Choo Hin Voon, 43, dengan mengarahkannya untuk sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Ahmad Samsuri Zailani, 27, dengan menggunakan senjata iaitu sebatang rotan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan ketiga, Chung didakwa bersubahat dengan Hin Voon dengan mengarahkannya untuk sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lagi pengawal peribadi, Mohd Azminizam dengan menggunakan senjata iaitu sebatang rotan.

Pertuduhan ketiga ini disiasat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan keempat, Chung disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama kerana perkataan-perkataan dengan niat yang disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaan terhadap Mohd Azminizam dan Ahmad Samsuri.

Manakala pertuduhan kelima pula Chung didakwa pada 13 April 2021 di antara 10.30 malam hingga 11.30 malam di luar halaman rumahnya dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Azminizam.

Pertuduhan kelima ini disiasat di bawah 323 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwaraya, Asyraf Ashyari Kamaruzaman dan Mohd Fakhrurrazi Ahmad menawarkan jaminan RM200,000 bagi setiap pertuduhan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis terdekat.

Namun, peguam tertuduh meminta jaminan dikurangkan kerana tertuduh tidak akan melarikan diri kerana mempunyai perniagaan dan membesar di Klang, selain mempunyai tanggungan besar dengan 30 pekerja.

No comments: