nyanyi-1

KUALA LUMPUR – Insiden tragedi yang menimpa kru kapal selam KRI Nanggala 402 merupakan berita duka yang menimpa seluruh rakyat Indonesia.

Malah kepiluan jelas dirasai apabila tular pula sebuah video mempamerkan kru kapal selam tersebut berkumpul menyanyikan lagu berjudul Sampai Jumpa beramai-ramai.

Video tersebut dikongsi oleh pelantun lagu berkenaan, Erix Soekamti menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Dalam video itu, kelihatan salah seorang kru sedang bermain gitar sementara rakan-rakan lain menyanyikan lagu tersebut sewaktu berada dalam kapal selam itu.

Video Player