Saturday, April 24, 2021

Fahmi Reza ditahan angkara hina Raja Permaisuri Agong

 Oleh NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI

Fahmi Reza

PETALING JAYA – Polis mengesahkan pereka grafik, Mohd. Fahmi Reza Mohd. Zarin ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan pereka grafik berusia 43 tahun itu.

“Saya sahkan dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, bagaimanapun kes berkenaan bukan disiasat kita tetapi oleh Bukit Aman,” katanya yang enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu hari ini.

Penahanan pereka grafik yang pernah mencetuskan kontroversi melalui lakaran kartun itu telah tular di laman Twitter yang memaparkan dia dibawa ke IPD Dang Wangi- K! ONLINE

No comments: