Isabelle Leong
Ebit
Lew menerusi satu muat naik di Facebook berkata menerima 43,000 mesej
daripada pemohon OKU, tiada pekerjaan, anak yatim piatu dan keluarga
kurang
berkemampuan untuk memohon untuk kelengkapan gajet untuk
pembelajaran
di rumah. - Foto Facebook
KUALA LUMPUR:
Sekiranya rakyat Malaysia yang berkemampuan dapat menyumbang minimum
RM2, jumlah sumbangan tersebut cukup membantu pendakwah bebas, Ustaz
Ebit Lew, untuk membeli tablet buat pelajar-pelajar yang memerlukan.
Ketua
Pengawai Eksekutif (CEO) Shekhinah PR Sdn Bhd, Christopher Raj, berkata
beliau sedih membaca perkongsian Ebit Lew yang memaklumkan menerima
mesej daripada 43,000 individu yang memerlukan kelengkapan gajet seperti
tablet bagi keperluan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Christopher
menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu berkata beliau sedar bahawa Ebit
Lew tidak dapat melakukannya secara bersendirian kerana jumlah membeli
keseluruhan tablet tersebut mungkin mencecah RM30 juta.
“Saya
menyeru kepada rakyat Malaysia yang prihatin kepada anak-anak yang
memerlukan supaya memberi sumbangan seberapa yang mampu kepada Ustaz
Ebit agar dapat menyampaikan bantuan tablet kepada 43,000 anak-anak yang
memerlukan di luar sana untuk belajar di rumah.
“Pada
saat yang sukar begini, hanya perpaduan dan kesatuan rakyat Malaysia
dapat membantu kami mengukir senyuman kepada mereka yang benar-benar
memerlukan,” katanya menerusi laman Twitter peribadinya pada Sabtu.
Tambahnya,
beliau telah menyumbang sebanyak 30 buah tablet kepada mereka yang
memerlukan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Pantai dan
Sentul.
“Saya juga akan menyumbang sebanyak RM5,000 kepada Ebit Lew bagi membantu beliau membeli tablet,” katanya.
Pada
Jumaat, Ebit Lew menerusi satu muat naik di Facebook berkata menerima
43,000 mesej daripada pemohon yang kurang upaya (OKU), tiada pekerjaan,
anak yatim piatu dan keluarga kurang berkemampuan untuk memohon untuk
kelengkapan gajet untuk pembelajaran di rumah.
Pada entri yang sama, beliau memohon maaf kerana tidak dapat membantu lebih ramai individu yang memerlukan bantuan berkenaan.
No comments:
Post a Comment