Astro Awani
Semakan
polis mendapati lelaki terbabit mendaftar masuk pada jam 10.01 pagi
21
Jan lalu dan merupakan pelanggan tetap hotel berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui mati dipercayai bunuh diri,
dalam sebuah bilik hotel di Jalan Kuchai Lama, di sini, semalam.
Polis menerima laporan daripada pihak pengurusan hotel pada jam 6.30 petang Sabtu.
Ketua
Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata, kejadian disedari oleh
seorang lelaki berusia 29 tahun yang menginap di hotel itu.
Menurutnya, saksi memaklumkan kejadian kepada pihak hotel sebelum menghubungi talian kecemasan.
Anuar berkata, pemeriksaan pada badan lelaki itu tidak menemui sebarang unsur jenayah.
Beliau
berkata, semakan dilakukan mendapati lelaki terbabit mendaftar masuk
pada jam 10.01 pagi 21 Jan lalu dan merupakan pelanggan tetap hotel
berkenaan.
Katanya, mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
No comments:
Post a Comment