Bernama
Menurut
Haslinah, anak sulungnya dan anak keduanya kini masing-masing
boleh
menggunakan tablet dan komputer riba itu untuk mengikuti PdPR manakala
anak ketiganya boleh menggunakan telefon bimbit beliau bagi tujuan itu. -
BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Rasa sedih seorang ibu tunggal apabila komputer terpakai yang dibelinya
secara dalam talian tahun lepas untuk tiga anaknya yang menghidap
autisme dan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) mengikuti
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) rosak, terubat apabila
menerima tablet sumbangan pendakwah terkenal Ebit Lew, baru-baru ini.
Haslinah
Hassan, 40, yang tinggal di perumahan awam Jalan Hang Tuah di sini
ketika dihubungi berkata anak sulungnya Muhammad Nur Izzat Ismail, 13,
yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif di bawah
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) begitu kecewa dan hampir hilang
semangat untuk belajar selepas komputer yang dibeli Oktober lepas
rosak.
Tiga
lagi anak Haslinah ialah Putri Nur Alya Batrisyia, sembilan tahun,
Putra Nur Irfan Basir, tujuh tahun dan Putra Nur Izzuddin Yusuf, tiga
tahun. Anak kedua dan ketiganya mengikuti program PPKI di Sekolah
Kebangsaan Yaacob Latif manakala anak bongsunya dihantar ke pusat
pemulihan dalam komuniti San Peng.
"Tiga
anak saya yang bersekolah begitu meminati bidang teknologi dan Internet.
Selepas desktop rosak mereka hanya belajar menggunakan telefon bimbit
saya dan saya akan ambil kerja sekolah masing-masing dari sekolah
mereka.
"Pada
Khamis saya lihat hantaran di akaun Facebook Ebit Lew bahawa dia
membeli 100 buah tablet untuk dihadiahkan kepada pelajar yang memerlukan
untuk kelas dalam talian. Sekitar 6 petang Khamis saya menulis di
ruangan komen hantaran Lew. Saya katakan tentang keadaan anak saya dan
tiga daripada mereka bersekolah. Saya juga memohon agar boleh dapat satu
tablet," katanya.
Haslinah
berkata 45 minit selepas menulis di ruangan komen pada hantaran
tersebut, beliau dihubungi pasukan Lew untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai dirinya dan pada kira-kira 9.30 malam hari yang sama petugas
Lew menghantar tablet itu ke rumahnya.
Lebih
menggembirakannya seorang hamba Allah turut menyumbangkan sebuah
komputer riba pada Jumaat dan Haslinah menyifatkan tablet sumbangan Ebit
Lew dan komputer riba itu umpama 'talian hayat' kepada tiga anaknya
untuk bersemangat belajar dengan mengikuti PdPR memandangkan beliau
tidak mampu untuk mendapatkan peranti elektronik baharu untuk mereka.
Ini
kerana Haslinah yang menjadi ibu tunggal sejak 2019, merupakan orang
kurang upaya (OKU) yang mempunyai masalah pembelajaran dan turut
menghidap ADHD. Keadaan keempat-empat anaknya menyebabkan beliau tidak
dapat bekerja dan pendapatan beliau kini hanyalah elaun Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan, bantuan Baitulmal dan
sumbangan orang ramai.
"Saya terharu dengan sumbangan Ustaz Ebit Lew dan akan pastikan peranti ini digunakan dengan sebaik mungkin," katanya.
Menurut
Haslinah, anak sulungnya dan anak keduanya kini masing-masing boleh
menggunakan tablet dan komputer riba itu untuk mengikuti PdPR manakala
anak ketiganya boleh menggunakan telefon bimbit beliau bagi tujuan itu.
Sementara
itu, hantaran Lew mengenai 100 tablet yang dibelinya untuk diberi
kepada pelajar yang memerlukan dikongsi lebih 22,000 pengguna Facebook
setakat petang ini. Lew dalam posting Facebook seterusnya memberitahu
dalam masa separuh hari beliau menerima 43,000 pesanan daripada mereka
yang memerlukan tablet untuk anak masing-masing mengikuti PdPR.
"Ramai
juga yang OKU, tiada pekerjaan, anak yatim piatu dan bergaji kecil.
Maafkan saya ye tidak dapat membantu ramai lagi," kata Lew dalam
hantaran itu.-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment