Harits Asyraf Hasnan
Satu
mekanisme penetapan harga perlu dibuat lantaran ujian tersebut
dilihat
sebagai satu keperluan pada ketika ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta campur tangan untuk mengawal selia kos ujian swab COVID-19 yang dilihat masih berada pada kadar yang tinggi.
Pakar
Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra
Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, satu mekanisme
penetapan harga perlu dibuat lantaran ujian tersebut dilihat sebagai
satu keperluan pada ketika ini.
"Saya
bagi contoh, macam kos saringan daripada tahun lepas hingga sekarang,
jika kita bandingkan dalam tempoh 10 bulan, tidak banyak berkurangan
dalam tempoh tersebut.
"Masih lagi dalam julat tiga digit iaitu antara RM100 ke RM300.
"Dalam
keadaan sekarang ini, apabila jangkitan sudah meningkat dalam komuniti,
wajar kos tersebut dikurangkan dan dimanfaatkan oleh lebih ramai
individu," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI hari ini.
Jelasnya,
sekiranya kos saringan dapat dikurangkan, banyak manfaat akan diperoleh
termasuk mengurangkan beban proses pengesanan kontak yang perlu
dilakukan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
"Apabila
murah, di kalangan keluarga yang dekat ataupun kontak rapat, mereka
dapat tampil ke hadapan untuk membuat saringan secara sendiri dan
seterusnya mengambil tindakan lebih awal.
"Ia jauh lebih baik daripada menunggu barisan hadapan untuk hadir atau memberi cadangan-cadangan dan arahan yang berkenaan.
"Kita
tahu bahawa apabila kes bertambah, pengesanan kontak di lapangan juga
bertambah. Jadi dengan penurunan harga ujian saringan ini kita akan
manfaat untuk kurangkan beban dan merawat individu di peringkat lebih
awal," tegasnya.
Sebelum ini, beberapa
pihak termasuk badan bukan kerajaan menggesa supaya kos ujian saringan
COVID-19 sama ada melalui RTK-Antigen atau RT-PCR perlu diturunkan atau
ditetapkan harga siling untuk membantu lebih ramai masyarakat melakukan
ujian tersebut.
No comments:
Post a Comment