Umavathi Ramayah
Gambar
terakhir Dr Ali Noor Hassan yang dirakamkan rakannya sebelum
Allahyarham arwah jatuh sakit dan dirawat di hospital. - Facebook Skuad
Pengurusan Jenazah
KUALA LUMPUR :
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kematian seorang pegawai
perubatan yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras, Dr Ali
Noor Hassan disebabkan terlampau penat dengan beban tugas sejak Disember
lalu berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di negara ini.
Sebaliknnya,
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata,
punca pemergian Allahyarham Dr Ali Noor adalah disebabkan penyakit lain.
Menurut
Dr Noor Hisham, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)
sejak awal Disember lalu disebabkan penyakit lain dan telah menjalani
beberapa sesi rawatan.
Bagaimanapun, laporan Harian Metro yang memetik Dr Noor Hisham sebagai berkata, kematian Allahyarham Dr Ali Noor adalah disebabkan pendarahan dalam otak.
Laporan itu memaklumkan Allahyarham mengalami penyakit aneurysm dalam otak sebelum disahkan meninggal dunia pada 18 Januari lalu.
Dalam hantaran di Facebook, Dr Noor Hisham turut
memaklumkan ujian COVID-19 yang dijalankan turut
mendapati Allahyarham negatif.
Allahyarham Dr Ali Noor menghembuskan nafas terakhir lewat malam kelmarin (18 Januari).
"Bagi
menghormati jenazah serta ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor, KKM
memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes
beliau," kata Dr Noor Hisham dalam hantaran Facebooknya, pada Rabu.
Dalam
pada itu, Dr Noor Hisham turut memberitahu yang Allahyarham Dr Ali Noor
merupakan seorang pegawai perubatan KKM yang disegani rakan-rakan
sekerja, pesakit dan masyarakat setempat.
"Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor Hassan atas pemergian beliau.
"Marilah
kita sama-sama memanjatkan doa dan peringatan buat arwah Dr Ali Noor.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang
yang beriman.
Pada 8 Januari lalu,
isteri Dr Ali Noor hanya hanya dikenali sebagai Asilah memuat naik
hantaran di Facebook Allahyarham memaklumkan suaminta dirawat di
Hospital Kuala Lumpur (HK) dan keadaannya lebih stabil.
"Assalamualaikum,
saya isteri Dr Ali, sekarang dia masih di wad HKL dan keadaan dia lebih
stabil, terima kasih kepada semua Yang bertanya khabar dan mendoakan,"
katanya.
Selang 10 hari kemudian, Asilah
sekali lagi menerusi platform yang sama memaklumkan yang keadaan
Allahyarham kritikal dan memohon orang ramai untuk bersama-sama berdoa.
"Assalamualaikum...
saya isteri Dr Ali. Saya memohon doa kalian hatta sebesar hama untuk
doakan kesembuhan buat Ali Noor Hassan bt. Halimah kerana beliau sangat
kritikal di HKL," katanya.
No comments:
Post a Comment