Madiha Abdullah
Amirudin menyumbang gaji sebulan kepada Tabung Bantuan Menangani
Bencana COVID-19. - Bernama
KUALA LUMPUR: Selangor mengaktifkan semula Tabung Bantuan Menangani Bencana COVID-19 bagi membantu usaha menangani wabak tersebut.
Menteri
Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebagai permulaan dan tanda
sokongan, beliau sendiri menyumbang gaji sebulan kepada tabung
berkenaan.
"Kerajaan
Negeri turut bercadang melaksanakan potongan gaji meliputi Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), ADUN dan pegawai tinggi di GLC.
"Mekanisme
potongan gaji ini akan dimuktamadkan dan akan disalurkan ke tabung
ini," katanya dalam sidang media pengumuman bantuan khas Pakej Kita
Selangor, hari ini.
Pada
tahun lalu, kerajaan negeri menerima sumbangan berjumlah RM 9.3 juta
dan telah digunakan bagi perbelanjaan khusus buat para petugas barisan
hadapan serta bidang perubatan menangani COVID-19.
"Sumbangan
korporat dan GLC Selangor amat dialu-alukan. Syukur Alhamdulillah pagi
ini kerajaan negeri menerima sumbangan RM2.3 juta bagi Tabung Bantuan
Bencana ini," tambahnya.
Terdahulu,
Amirudin mengumumkan pakej bantuan khusus untuk rakyat negeri Selangor
bagi mendepani cabaran Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP2.0).
Dinamakan Pakej Kita Selangor, ia memberi implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta kepada kerajaan negeri.
No comments:
Post a Comment