Astro AWANI akan membawakan pelbagai perbincangan dan analisis berhubung pelan berkenaan sepanjang hari ini.
Pelan berkenaan diumumkan sehari selepas Malaysia dilapor mencatat defisit dagangan pada April, kali pertama selepas merekodkan lebihan dagangan untuk 269 bulan berturut-turut, akibat penularan COVID-19.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
membayangkan pelan pemulihan ekonomi jangka pendek untuk Jun sehingga
Disember 2020 akan memfokuskan kepada empat ciri utama.
Dalam Laporan Ketujuh Pencapaian Prihatin-Laksana yang dibentangkan 2 Jun lalu, Tengku Zafrul menjelaskan, ERP Jangka Pendek ini akan tetap tertumpu kepada tiga matlamat utama.
Tegasnya, ERP ini merupakan kesempatan negara mengambil peluang baru yang terhasil daripada krisis COVID-19 untuk bergerak ke hadapan.
Laksana merupakan Unit Pelaksanaan & Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional di bawah Kementerian Kewangan yang berperanan membantu melancarkan penyampaian inisiatif Prihatin kepada rakyat.
Prihatin
merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250
bilion yang diumumkan Perdana Menteri hujung Mac lalu bagi menyediakan
bantuan segera untuk meringankan beban semua dalam menangani impak
COVID-19.
No comments:
Post a Comment