Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata pasukannya bekerjasama dengan negara terbabit menerusi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) untuk menyiasat dan mengesan kedudukan aset berkenaan.
“Ini bukanlah transaksi berbentuk ‘one-off’, ia melibatkan beberapa transaksi,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Antarabangsa mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan 2019 hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata usaha itu akan mengambil sedikit masa untuk membuahkan hasil kerana SPRM perlu mengenal pasti aset terbabit terlebih dahulu.Sebelum ini, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan bahawa berdasarkan aduan pelucutan hak sivil, dari 2009 hingga 2015, lebih AS$4.5 bilion (RM18 bilion) dana kepunyaan 1MDB didakwa diseleweng oleh pegawai tertinggi 1MDB dan sekutu mereka, termasuk ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low, menerusi konspirasi jenayah membabitkan pengubahan wang haram antarabangsa dan rasuah.
No comments:
Post a Comment