Netizen desak MB Perak tegas tak tunduk desakan
BANGI
– Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan parti tamak haloba,
DAP yang mendesak kerajaan negeri Perak supaya menunaikan janji
pemberian hak milik kekal tanah kampung baru bermula hujung tahun ini.
Berang dengan tindakan DAP, netizen
menggesa parti berkenaan supaya mengotakan janji dan manifesto Pakatan
Harapan (PH) lain yang lebih penting terlebih dahulu.
Majoriti netizen menyifatkan bahawa DAP hanya mengutamakan kepentingan kaum Cina sahaja berbanding kaum lain.
A Hamid Dayang dalam hantaran di
Facebooknya menyelar tindakan DAP: “Banyak lagi janji yang masih belum
ditunaikan, yang ini pula janji yang nak ditunaikan. Mana janji nak bagi
lesen motosikal percuma kepada anak muda?”
Manakala, Kamalruddin Drahman menyindir:
“Hanya janji DAP perlu ditunaikan. Janji kepada rakyat lain-lain perlu
diabaikan. Agenda untuk bangsa Cina perlu diutamakan, agenda untuk
seluruh rakyat Malaysia tak mengapa kena ‘kencing’ pun,”
Selain itu, tulis Mohd Azrul Ambiya: “Bab
ni memang hangpa pulun sungguh-sungguh no. Bab manifesto lain, hangpa
buat tak tahu ja, bila kaduk naik junjung. Depa tahu peluang depa hanya
sekali, kaut selagi boleh,”
Terdahulu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menuntut janji pemberian hak milik kekal tanah kampung baharu terhadap orang Cina.
Kor Ming turut meminta lima ahli Exco
kerajaan negeri Perak dari DAP supaya membantu Datuk Seri Ahmad Faizal
Azumu melaksanakan janji Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Katanya, janji yang diumumkan pada PRU-14 bukan janji DAP, sebaliknya ia adalah janji PH yang perlu ditunaikan segera.
Dalam pada itu, Othman Hussein menggesa
DAP supaya membantu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan
manifesto PH dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.
“Ini tidak, untuk kepentingan bangsanya
bukan main laju lagi. Tapi untuk kepentingan seluruh rakyat Malaysia
buat pekak telinga sahaja,” katanya,
“Dalam banyak-banyak janji, yang ini dia (DAP) beria nak tunaikan. Janji yang beri keuntungan kepada geng dia,” tulis Je Man.
Sementara itu, Haw Jan dalam hantarannya
berkata, bangsa Cina akan tetap bersama dan bersatu untuk mendapatkan
apa sahaja yang memberi kepentingan kepada kaum mereka tanpa mengira
ideologi.
“Contoh terbaru Kampung Baru dan Sijil
Keluaran Sekolah China yang tak berkaitan dengan dasar pelajaran
kebangsaan. Mereka pengiktirafan dan pastinya masa sahaja yang
menentukannya.
“Yang bukan bangsa Melayu terutamanya
pendokong DAP macam PAN dan PKR langsung tidak sensitif, bahkan secara
terang-terangan menyebelahi meteka walaupun merugikan,” katanya.
Pada masa sama, netizen juga menggesa
Ahmad Faizal supaya tidak tunduk dengan desakan ultra kiasu untuk
memberi hak milik kekal tanah kampung baru.
Dalam tulisannya, Mokthar Mokthar
berkata, sekiranya Ahmad Faizal mengikut kehendak DAP, maka Perak akan
menjadi hak milik mereka.
“Rakyat Perak perlu bangkit bersama-sama
MB mempertahankan hak Melayu supaya tidak jatuh ke tangan Cina (DAP) dan
Raja juga tidak lagi dihormati oleh mereka,” katanya.
No comments:
Post a Comment