Anggota Parlimen Gerik, Hasbullah Osman berkata Azmin Ali
memberitahu anggota parlimen BN yang berjumpa dengannya di Putrajaya
minggu lalu supaya tidak melompat parti.
"Kami tidak pernah terfikir pun nak lompat parti, daripada awal sampai ke hari ini," katanya kepada pemberita di parlimen hari ini.
Hasbullah berkata perkara ini dibangkitkan dalam perjumpaan di kediaman Azmin kerana media sebelum itu melaporkan ada dalam kalangan anggota parlimen BN yang mahu menyertai parti lain.
Pertemuan pada malam 18 Nov itu diadakan di kediaman menteri hal ehwal ekonomi itu di Putrajaya di mana lebih 20 anggota Parlimen BN dan beberapa anggota parlimen PKR berkumpul.
Presiden BN, Ahmad Zahid Hamidi selepas itu berkata beliau dimaklumkan perjumpaan itu untuk membincangkan mengenai projek pembangunan di kawasan masing-masing.
Selepas itu, 15 anggota parlimen Umno yang terlibat dalam pertemuan itu menafikan dakwaan Mahathir.
Hasbullah berkata kenyataan Mahathir dibuat untuk menutup isu kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil Tanjung Piai.
"Itu (dakwaan lompat parti) tidak betul, kita ialah ahli Umno. Kebetulan kita kenal Azmin, minta bawa borang permohonan (peruntukan) dan (Azmin) ajak makan di rumah beliau, jadi kita pergilah.
"Ini adat orang Melayu, apa masalahnya.
"Apa yang dikatakan Tun Dr Mahathir sebut mungkin tanggapan dia berdasarkan kepada nak tutup kekalahan di PRK Tanjung Piai,"kata Hasbullah.
No comments:
Post a Comment