Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas tularnya sebuah video yang menunjukkan salah seorang daripada dua peserta Malaysia memperkenalkan diri dan menyatakan dirinya mewakili 'Republic of Malaysia'.
"Kesilapan ini tidak datang dari peserta Malaysia tetapi ia adalah daripada pihak kami. Sekali lagi, kami memohon maaf kerana salah faham," kata kenyataan itu yang telah dikeluarkan pada Selasa.
Video yang tular itu dirakamkan semasa segmen pembukaan acara tersebut yang menyaksikan para peserta menggayakan kostum kebangsaan. Peserta Malaysia yang kontroversi itu dilihat menggayakan persalinan tradisional potongan kebaya nyonya berwarna coklat pastel.
Objektif utama pertandingan yang diadakan di Yangon, Myanmar pada Isnin itu, bertujuan memberi tumpuan kepada kekuatan wanita muda dalam memperkasakan hak dan semangat mereka dalam budaya, warisan, seni, pelancongan dan media sosial.
No comments:
Post a Comment