KUALA LUMPUR – Selepas lebih setahun akhirnya Michael Ang mengisytiharkan dirinya kini sudah menjadi muslim.
Pengarah drama dan pelakon itu mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan pendakwah Ustaz Sheikh Hussein Yee dan Firdaus Wong.
“Saya sedang mendalami banyak perkara dan tak mahu orang ramai lihat saya solat Jumaat diperbesarkan, baik saya berterus terang dan ia adalah antara saya dan Allah,” ujarnya dalam rakaman video.
Michael sebelum ini banyak mengarahkan drama Melayu selain sudah biasa dengan amalan muslim sejak dahulu lagi termasuk berpuasa. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan