PETALING JAYA: Penasihat Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Doraisamy nafi mempersoalkan integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) mengenai siasatan yang sedang berjalan ke atas urusan tanah melibatkan sebuah kuil Hindu.
Beliau berkata beberapa laporan polis dibuat terhadapnya dalam beberapa minggu lalu mengenai kes itu.
Arun berkata rakyat bertanggungjawab memaklumkan pihak berkuasa jika memiliki bukti membabitkan “orang-orang yang tidak baik” dan dia menjalankan tanggungjawab itu.
Dia tidak mempersoalkan integriti SPRM dalam siasatan itu, katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai kuil hari ini.
Arun, yang mengetuai Pasukan Petugas Reformasi Batu Caves berkata, dia belum menerima apa-apa berita daripada SPRM mengenai siasatan ke atas isu tanah kuil dan berharap dia akan dipanggil dalam masa terdekat.
“Saya diberitahu mereka akan berbuat demikian tidak lama lagi.”
Arun sebelum ini menggesa badan anti-rasuah itu menyiasat 3 kakitangannya yang didakwa membocorkan maklumat mengenai kes tanah kuil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan