Rabu, 29 Mei 2019

Apa yang saudara mahu daripada bukan Muslim?




JIKA apa yang saudara mahu dari mereka adalah keislaman mereka, terangkanlah kepada mereka bahawa pintu masuk ke dalam agama ini adalah dengan mengiktiraf keesaan Allah dan Muhammad itu adalah utusanNya. Terangkan kepada mereka bahawa apa yang mereka sembah itu bukan Tuhan yang benar dan agama mereka adalah agama yang salah.

Jika apa yang saudara mahu dari mereka adalah perdamaian, perteguhkanlah umat Islam dan sempurnakan unsur-unsur kekuatan dalam diri umat, agar saudara berdamai tanpa mengorbankan prinsip agama saudara dan umat Islam terus mendapat hak mereka.


Jika apa yang saudara mahu dari mereka adalah pandang hormat mereka terhadap agama Islam, amalkanlah Islam sepenuhnya kerana Nabi SAW mensyaratkan redha manusia hanya akan terperoleh setelah umat Islam mendapat redha Allah.

Tetapi jika yang saudara kehendaki dari mereka tenaga dan fikiran mereka untuk sama-sama menentukan hala tuju negara ini, saya ingin menegaskan kepada saudara bahawa Islam adalah agama yang tidak menerima perkongsian kuasa di dalam pembuatan dasar negara.

Tiada ulasan: