Selasa, 28 Mei 2019

Had laju Jalan Persekutuan turun kepada 80km/j musim Aidilfitri

ISMA WEB

JKR sedia panduan, laluan alternatif kepada pengguna balik kampung


BANGI– Jabatan Kerja Raya (JKR) mengeluarkan maklumat laluan alternatif bagi memudahkan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman masing-masing di seluruh negara, sempena cuti Aidilfitri yang bakal disambut 5 Jun ini.

Dalam satu kenyataan makluman langkah keselamatan dan pemantauan jalan raya di musim perayaan, sempena Aidilfitri 2019, JKR menjangkakan terdapat peningkatan aliran lalu lintas di jalan-jalan Persekutuan.

Justeru, bagi tujuan mengurangkan risiko kemalangan, JKR Malaysia akan mengambil langkah awal untuk meningkatkan keselamatan dan mengadakan program pemantauan jalan raya Ops Bersepadu 15 hari sempena Aidilfitri 2019, mulai 29 Mei 2019 sehingga 12 Jun.

Antara langkah-langkah keselamatan yang akan dilaksanakan adalah:

Penyenggaraan Awal Jalan – Kerja-kerja penyenggaraan rutin akan dilaksanakan dan disiapkan lebih awal kecuali kerja-kerja menampal pothole, kecemasan dan kritikal.

Penubuhan Pasukan Peronda – Menubuhkan pasukan peronda di setiap daerah/jajahan bagi membantu memantau sebarang kerosakan jalan dan kemalangan.

– Pasukan peronda terdiri daripada kakitangan JKR Daerah yang akan menjalankan rondaan pada waktu pejabat sahaja (rondaan lebih kerap dijalankan ketika hujan sahaja) dan– Memastikan kerja-kerja kecemasan dilakukan dengan segera dengan gangguan minimum ke atas lalu lintas dan memberi keutamaan kepada laluan-laluan utama.

Penyelarasan Pengurusan Lalulintas Di Setiap Daerah – JKR Daerah akan meberi khidmat nasihat teknikal dan lain-lain bantuan berkaitan pengurusan lalu lintas musim perayaan, dan– JKR Daerah akan membuat penyelarasan di daerah masing-masing bersama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi memastikan pengurusan lalulintas yang cekap semasa musim perayaan.

Pemberhentian Kerja Penyenggaraan dan Pembinaan Dalam Rizab Jalan – Segala kerja penyenggaraan dan pembinaan dalam rizab Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri akan diberhentikan sementara serta pengalihan semua jentera/peralatan jauh dari bahu jalan dan dilaksanakan dari 29 Mei 2019 sehingga 12 Jun 2019. Bagaimanapun, pemberhentian kerja penyenggaraan dan pembinaan ini adalah dikecualikan kepada kerja-kerja menampal pothole, kecemasan dan kritikal serta kerja pembinaan diluar rizab jalan.

Penurunan Had Laju Kebangsaan di Jalan Persekutuan – Penurunan Had Laju Kebangsaan di Jalan Persekutuan (90 km/j kepada 80 km/j) sepanjang tempoh Ops Bersepadu dari 29 Mei 2019 sehingga 12 Jun 2019

Pengurusan Trafik Di Tapak Bina – Menjalankan pemeriksaan ke atas pengurusan trafik di tapak bina dan memastikan pengurusan trafik di tapak bina dalam keadaan sempurna.

Jalan Alternatif bagi Laluan Utama – Sebagai panduan mengurangkan kesesakan lalu lintas, pihak JKR telah mencadangkan beberapa laluan alternatif bagi tujuan melancarkan pergerakan trafik di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. (klik gambar bawah)

 

Tiada ulasan: