Selasa, 28 Mei 2019

Anak Norman, Abby jadi imam solat tarawih

Mohammad Arif Nizam
 



KUALA LUMPUR- Pelakon, Norman Hakim bersyukur apabila anak sulungnya, Danish Hakim menjadi imam solat tarawih buat pertama kalinya.

Berita gembira itu dikongsikan Norman menerusi Instagram miliknya.

“Bersama sebahagian daripada warga Darul Ilmi selesai Isyak dan tarawih.

“Hari penting dalam hidup saya dan off course hari penting dalam hidup Al-Hafiz @danishhakimofficial; kali pertama Danish diberi mandat menjadi imam tarawih di Pusat Pengajian Warga Emas Darul Ilmi MAIWP.

“Lepas majlis Iftar Skop Productions, Allah bagi izin jugak untuk saya berada di venue ke-2 untuk bagi support pada Danish. Memang dia tak tahu yang saya akan datang dan saya sendiri pun tak jangka boleh sampai pada waktu sebab jarak antara kedua-dua tempat agak jauh.

“Reaksi Danish wallahualam tapi nampak dia terpegun dan happy sangat bila saya senyum di belakang dia.

“Lepas selesai dia tanya “mcmana papa boleh sampai dan boleh tahu abang kat sini?” Saya jawab “U are my world and i’ll be there for you especially on your important day” (mudir & tenaga pengajar dia adalah bff saya sudah tentu setiap saat perangai dan pergerakan dia akan sentiasa sampai pada saya.Dia tak tahu yang itu).

“Alhamdulillah syukur, tak pernah dalam jangkauan akal yang zuriat sendiri akan mengimamkan tarawih.Hadiah nan Agung dari Allah s.w.t, mungkin sebahagian dari doa yang didengariNya ketika pintu langit terbuka,mungkin di dalam Lailatulqadar tahun-tahun sebelumnya. Wallahualam.

“Terima kasih Allah atas nikmat kurniaanMu walau sedar khilaf hambaMu ini masih tak melayakkanku utk semua kurniaanMu

Tapi Kau tahu Aku tak pernah lelah berusaha menagih taubat & kasih sayangMu,” tulisnya penuh kesyukuran.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu juga ada berkongsi video berdurasi enam minit yang memaparkan Danish menjadi Imam.

Remaja berusia 16 tahun itu juga mengalunkan ayat suci al-Quran dengan merdu.

“Al-Hafiz @danishhakimofficial kali pertama sebagai Imam Terawih,” tulisnya ringkas.

Danish merupakan anak sulung hasil perkongsian Norman dan bekas isterinya iaitu pelakon, Abby Abadi.

Selain dikurniakan Marissa Dania Hakim,14 dan Maria Danisha Hakim, 11 tahun. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: